PENGENALAN

Assalaimualaikum dan selamat Sejahtera, saya Shamsul Ambia, cikgu AI Anda, yang akan bersama anda dalam program e-learning ini, untuk mempelajari Cara membuat Video atau Filem AI. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian dan kebijaksanaan Anda untuk memilih program ini.

Kenapa kita memerlukan video? Video telah terbukti 600% keberkesanan dalam pemasaran. Ya betul. Mungkin anda seorang Jurutera, Doktor, Guru, tapi jika anda boleh membuat video yang bagus, ini akan menambah minat penontonnya. Maksud saya Pemasaran ini bukan hanya untuk Peniaga dan Content Creator sahaja, tapi untuk kita semua dalam menyampaikan sesuatu perkara. Dan kaedah ini dikembangkan dengan penggunaan dan bantuan daripada AI.

Sebelum memasuki kepada bab selanjutnya, saya ingin mulakan dengan “Pengenalan kepada AI” dengan bahasa dan cara yang mudah, supaya ia menjadi asas permulaan yang senang anda fahami dan pelajari, sebelum ke bab yang lebih komplek.

Anda akan bermula dari Zero. Anda akan bermula dari cara membuat prompt gambar guna AI sehingga gambar tersebut menghasilkan video-video yang unik dan menarik. 

AI membantu menghasilkan video-video yang pada awalnya mustahil untuk rakaman di dunia nyata, kita Anda semua boleh menghasilkan. Gambar lama Anda di cantum dengan gambar Ayah Anda, kini menjadi video nyata. Kita tidak perlu “shooting” tapi kita mampu membuat Video hinggalah ke Filem AI. Kita kini mampu buat video cerita, travelog, sejarah, filem dan iklan.

Sekarang dah banyak syarikat besar gunakan Iklan AI, seperti Coco-Cola, KFC, Mc Donalds dan lain-lain. Saya pun banyak menerima tempahan untuk membuat iklan dan trailer menggunakkan AI.

Ini contohnya:

Jadi dengan mempelajari ilmu ini, Anda bukan saja membuat video untuk peribadi tapi juga mampu menjualnya. Menjual di sini, saya bermaksud mampu memasarkannya dan barulah hasilnya terjual. Sebab itulah Pemasaran penting sebelum produk atau hasil anda mampu terjual. Maksud tersirat saya adalah, jika anda bukan untuk menjual kepada pelanggan, mungkin anda inginkan bos anda memahami apa yang anda sampaikan. 

Di sosial media juga banyak video yang menggunakan AI dan jadi viral dan mampu menghasilkan wang (monitisasi). Jadi jangan bimbang, saya akan bimbing Anda cara membuatnya. So, mari kita mulai.